Wajah baru www.satayDIY.com

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kini SatayDIY muncul dengan wajah yang lebih anggun dan ceria :-) Malah kini kawan-kawan juga berpeluang menambah pendapatan dengan program affiliate yang turut saya sertakan. Sebenarnya, ini adalah untuk menyahut cabaran supaya mengaplikasikan ilmu pemasaran yang juga dikenali dengan nama “Viral Marketing”. Saya yakin, kawan-kawan tentu pernah dengar tentangnya, kan? (Tak pernah dengar? Takpe, dapatkan maklumat tu di dalam buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing hasilan Fuad Latif) Yelah, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan ;-) Jenguk-jenguklah ye, mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk saya, rakan-rakan, dan mereka-mereka di luar sana tu. Doakan kejayaan kita semua ye :-)

16 Responses to “Wajah baru www.satayDIY.com”


  1. 1 Fuad September 4, 2006 at 6:16 pm

    First time baca blog ni. Menarik. Nak2 pasal satay DIY. Ada potensi besar nak dipasarkan time raya puasa apatah lagi time raya haji. Kalo bli bulk quatity dpt murah dak syeikh?

  2. 2 walikard September 4, 2006 at 6:29 pm

    InsyaALLAH, tang tu, kita boleh runding. En Fuad boleh email saya di walikard@gmail.com ye, kita bincang lagi :-)

  3. 3 surfaddict September 4, 2006 at 6:43 pm

    erm…kedai kat klang tu..alamat nya apa..bagilah map sekali..senang nak cari..saya tinggal di shah alam..manalah tahu nanti nak bawa kawan2 kesana. Erm, lebih best kalau bleh provided BBQ service sekali..Just my 2cents.

  4. 4 Labanon September 4, 2006 at 8:19 pm

    Wah.. tahniah kerana berwajah baru… terliur satay weiii :D

  5. 5 Galadriel September 5, 2006 at 8:04 am

    betul… letak peta ke gerai satayDIY di Kelang tu dan gambar depan kedai, senang sikit nak cari kalo lalu area tu…

  6. 6 Walikard September 5, 2006 at 10:06 am

    InsyaALLAH, tentang map tu, saya akan usahakan. tunggu kemunculannya ye :-) Nanti kalau dah sampai jangan lupa perkenalkan diri ye, ada special skit untuk anda :-)

  7. 7 eb September 5, 2006 at 5:40 pm

    wak,
    cuba try tumpang di sawari-Felda. sawari banyak jual bende camni..

  8. 8 emio September 6, 2006 at 12:45 am

    haha.. tahniah.. tak sangka ada site ni .. biz satay ..

    kena plak mmg fav. saya..

    sy pun ingat kena singgah dulu.. mau rasa sket sbyk.. kalu ok.. baru sambar..

    oraetttttttttt!

  9. 9 Walikard September 6, 2006 at 3:19 pm

    To eb:

    InsyaALLAH, nak try survey. Thanks for the info ye :-)

    To emio:

    Datanglah, kedai kami ni kat Kelang, on the way pegi port klang, melalui jalan shapadu. hmm, takpe, saya cuba siapkan peta lokasi secepat mungkin

  10. 10 Noorizam Shah September 6, 2006 at 4:25 pm

    wahhh ada website satey….. hehehehe.. cun interface….

  11. 11 linn_comel September 8, 2006 at 12:28 pm

    Tahniah, semoga bertambah rezeki anda dalam perniagaan

  12. 12 walikard September 10, 2006 at 11:46 am

    Terima kasih atas sokongan semua :-)

  13. 13 cikgubiz September 10, 2006 at 7:32 pm

    wah cantik cantik tahniah…..

  14. 14 soulof99 September 11, 2006 at 4:46 am

    Pergh.. terliur sy tgk banner kat atas tu. Rasa cam nak gigit jer… :P

  15. 15 Syed Ashadi September 16, 2006 at 10:19 pm

    Mesti sedap satay walikard ekk…Jangan lupa bagi peta tau…Leh ramai-ramai pekena satay DIY…Dekat2 nak posa ni leh berbuka kat sane kan?? :)

  16. 16 walikard September 16, 2006 at 10:22 pm

    Boleh, InsyaALLAH…cuma masa bulan Ramadhan ni kami berniaga di pasar Ramadhan. InsyaALLAH, nanti saya cuba masukkan peta tu secepat mungkin ye :-)


Leave a Reply