Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka dalm perlindungan ALLAH SWT. Saya Alhamdulillah, sihat..cuma penat sikit sempena dengan aktiviti di atas
Ganas tak tajuk tu?
Hehehe, sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah aktiviti membakar satay di rumah klien kami, bersempena dengan majlis kahwin dan cukur rambut. Tak adalah banyak sangat tempahan…dalam 2,000 cucuk satay sahaja (ke banyak? berembun pagi jugalah kami nak menyiapkannya
)
Tempahan ni kami terima masa hari Khamis lagi, Alhamdulillah, sempatlah siap. Rumah klien kami ni di Sri Andalas, Klang. Dekat je dengan tempat kami. Dulu order pertama kami dari Internet jauh jugak….nun di Cyberjaya nu…(kedengaran macam kat Johor je, padahal taklah jauh sangat
) Kebetulan pada masa tu, 2 order yang perlu kami selesaikan, yang satu di Cyberjaya tulah, satu lagi kat Pelabuhan Klang…jumlah order ialah 8,700 cucuk satay. Sayang, takde gambar yang dapat menceritakan keadaan pada masa tu macam mana. Untuk kali ni, saya dah ambik beberapa shot untuk kami kongsikan bersama.
Gaya serius seorang pembakar satay PRO
Gaya ceria seorang pembakar satay PRO
Mula-mula susun…
Sekarang BAKAR!! (Di larang meniru aksi ini di rumah
)
Itulah serba sedikit gambar-gambar yang dapat kami kongsikan bersama. Hmm, saya takde dalam gambar-gambar tu, sebab kamera kat tangan saya
InsyaALLAH, saya akan update lagi di sini untuk aktiviti-aktiviti “pembakaran” di masa-masa akan datang.
PS: Anda berminat nak gunakan khidmat kami? Sila layari www.sataydiy.com untuk maklumat lanjut…atau hubungi sahaja Azrul 0193799160 atau Razak 0193680495. Samada yang mentah atau kami bakarkan, terpulang pada anda
PPS: Nak buat sendiri pun boleh. Dapatkan sahaja rempah Satay D.I.Y kami di website kami. InsyaALLAH, ia sesedap satay yang kami buat sendiri
Tak mahal, RM12 sahaja untuk 10kg daging. Jimat kan?



Recent comment(s)