Salam. This is my 1st post, in my new blog. For those who knows me, will also knows that I’ve already had another blog, which is written in Malay. For those who don’t know me, please know that I am willing to be friend with anybody, whether we in a same club or otherwise
At least, we can share a different views or thoughts. Ok for now, I’ll write at a later time….by then it’s time to get SERIOUS
Archive for October 7th, 2006
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan, kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Bagaimana pula dengan hari-hari puasa yang telah berlalu? Mudah-mudahan, puasa kita diterimaNYA, malah dapat ditingkatkan pula kualitinya. Amin.
Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak dapat nak updatekan blog ni memandangkan saya dalam kesibukan, ye, kesibukan untuk berHIJRAH
Saya telah mendapat tawaran untuk bekerja di Terengganu, di mana saya dapat kembali bersama-sama dengan isteri, anak, dan bakal anak (kandungan isteri saya dah masuk bulan ketujuh, doakan mereka ye
) atas sebab tulah muncul smiley kat atas tu…namun, dalam masa yang sama saya bersedih sebab terpaksa berpisah semula dengan ibu bapa saya di sini, kat Klang ni…apapun, sudah menjadi amalan saya, setiap bulan pasti saya akan balik menjenguk kedua ibu bapa dan adik saya, walau sesibuk mana pun saya pada bulan tu…kalau tak balik, rasa tak lengkap sangat-sangat.
Tentang aktiviti perniagaan kami, kawan-kawan janganlah bimbang ye, ia tetap berjalan seperti biasa. Internet tetap “on” manakala perniagaan offline juga macam biasa…maklumlah, bos besar ada kat Klang ni (mak ayah saya lah tu
) Kepada yang dah subscribe newsletter saya dan dapat kupon potongan 20% tu, ia tetap valid sampai bila-bila selagi ia tak digunakan. Jangan buang ye
Oklah, dah tiba masa untuk saya berangkat. Target nak sampai Terengganu sebelum berbuka…apapun, InsyaALLAH, keselamatan di jalanraya tetap saya utamakan. InsyaALLAH, saya akan mengupdate dengan lebih kerap blog ni lepas dah stabil sikit



Recent comment(s)