Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berdoa agar kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah ALLAH SWT. Err, soalan kat atas tu sebenarnya saya tujukan kepada diri saya sendiri…di mana ia mengingatkan saya kembali kepada azam saya bermula sebelum Ramadhan lagi. Mudah-mudahan ALLAH SWT menerimanya, dan beri kita kekuatan untuk ke arah puasa yang dikehendakiNYA. Sama-samalah kita berusaha, dan terus berusaha kerana rahmat dan hidayah hanya akan bertemu kita sekiranya kita mengusahakannya…bukannya duduk diam dan HANYA berdoa. Sampai bila-bila pun hidayah tu tak kunjung tiba
Sedikit update tentang E’id yang bakal menjelma. Kami dah menerima tempahan pertama sebanyak 5,000 cucuk pada 2 Syawal 1417 ni, bertempat kat Klang jugaklah. Tempahan pertama ni daripada salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah, kepercayaan beliau masih tetap bersama kami, dan ini tahun yang keempat kami menerima order dari beliau. Untuk pengetahuan pembaca, kami menerima tempahan tidak kira dari sesiapa sahaja, janji tak associate dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Maklumlah, keberkatan dalam perniagaan itu amat-amatlah diperlukan, dan kawan-kawan tentu maklum akan signifikannya kan
Baiklah, saya rasa setakat ni dulu buat masa ni. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Bersempena dengan Nuzul Quran ni juga saya nak mengucapkan Selamat Menghayati Al-Quran (bukan hari je, hari-hari yang lain pun sama-peringatan buat diriku jua
) Semoga ALLAH SWT terus-menerus mengekalkan kita dengan nikmat Iman dan Islam ini.



Recent comment(s)