Salaamimg
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tak di”update”
Saya cuba juga mencari sela masa antara waktu-waktu sibuk saya namun tetap tak berjaya. Biasanya, sela-sela masa tu diisi pulak dengan benda-benda lain yang saya rasakan susah untuk dikorbankan
Apapun, InsyaALLAH, saya cuba mengemaskinikan blog dengan lebih kerap. Mungkin saya boleh praktikkan jadual tetap untuk menulis di sini. Mudah-mudahan ALLAH beri kelapangan masa dan fikiran untuk berbuat demikian.
Affiliate Rahsia SatayDIY Kini dilancarkan
Ya, sistem affiliate tu dah siap dan sedang berjalan, juga sedang menanti kedatangan para agen untuk memeriahkannya
Kawan-kawan yang berminat bolehlah mendaftarkan diri di sini.
Setiap jualan akan mendapat RM10 sebagai komisen, dibayar pada setiap 28hb tanpa ada minimum payout. Bagi setiap agen yang berjaya membuat 10 jualan, InsyaALLAH, saya ada hadiah istimewa untuk anda
Blog berumah baru
Lupa pulak nak tanya…macam mana dengan “cat” baru rumah saya ni? Ok tak? Sebenarnya saya saje tukar supaya sedikit “segar”. Nanti dah boring dengan yang ini saya cat yang baru pulak
Heheh
Oklah, saya rasa setakat ni dululah dari saya buat sementara waktu ni. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati ALLAH dan berada di dalam rahmat serta perlindunganNYA.
Jumpa lagi
ps: Takde idea nak tulis panjang-panjang. Ni dah pukul 6.00 pagi pun dok pejabat lagi. Lepas solat subuh nak balik terus. Isteri dan anak-anak sedang menanti dirumah.



Recent comment(s)