Are you on Youtube?

Salaamimg

Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belakalah ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat juga adanya. Di harapkan dengan kesihatan yang dikurniakan ALLAH ini, kehidupan kita akan lebih terarah kepada mencari keridhaanNYA, InsyaALLAH.

Pada kali ni, saya cuma nak berkongsi video dengan kawan-kawan semua. Yelah, ramai yang dah start dengan Youtube…jadi, saya pun tak mahu ketinggalanlah ;-) Video ni saya ambil semasa kami membakar satay di Sri Andalas, Klang. Maafkan saya kerana kualitinya kurang baik..tetapi jejaka-jejaka hensem kat dalam video tu tetap jelas kelihatan ;-) Disebabkan saya mengalami masalah untuk meletakkan video tu di sini, kawan-kawan boleh menonton video tersebut dengan klik di sini.

Selamat Menonton!

Rangkaian Terbaru SatayDIY

Kami dengan sukacitanya mengumumkan rakan perniagaan kami yang terbaru. Berikut ialah maklumat lanjut outlet berkenaan:

Gerai Satay DIY

No 26, Pusat Penjaja Taman Len Seng

Cheras, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi rakan perniagaan kami En Khairudin Johari, 013-6345746 atau 019-3335741. Outlet beliau dibuka pada hari ini. Kalau ada sesiapa yang nak menikmati SatayDIY ni, bolehlah ke outlet beliau. InsyaALLAH, kawan-kawan pasti berpuas hati dengan baik satay mahupun layanan beiau.
Sudi-sudikalah ke sini ye :-)

7 Responses to “Are you on Youtube?”


  1. 1 labanon February 17, 2007 at 11:14 pm

    wah.. bro pun x ketinggalan buat video yerp :D

  2. 2 Fuad February 22, 2007 at 5:16 pm

    Azrul..xde plan nk wat francise ke?

  3. 3 walikard February 23, 2007 at 2:20 pm

    Fuad: Ada tu ada, tapi perlukan sedikit masa lagi untuk mengumpulkan rangkaian yang agak kukuh. Saya dah consult ex-PNB dan dia yang maklumkam kepada saya untuk wujudkan dulu pilot project. InsyaALLAH, rangkaian inilah yang saya cadang nak jadi pilot project tu :-)

  4. 4 Fuad February 23, 2007 at 7:15 pm

    Owh..bagus2.. :-) Semoga berjaya..

  5. 5 linn_comel March 1, 2007 at 4:19 pm

    Terliur saya tgk satay kat video, teringin pula nak mkn satay

  6. 6 aku March 3, 2007 at 1:09 am

    ya.. bagus2.. tahniah2… bangga aku kenal ko :D semoga terus berjaya.

  7. 7 abdfatah March 3, 2007 at 1:24 pm

    wah…. makin menarik satay nih… nak buat biz satay pulak laaa…wahahaa

    buat francaise dengan saya jugak laaa…

    modal 50 dah ler… rm50 ribu… hehhe


Leave a Reply