Archive for April 25th, 2007

Pendapatan dari Adsense

Salaamimg

Apa khabar? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya. Saya juga sihat Alhamdulillah. Cuma, penat sikit-sikit bekerja. Di tambah pulak dengan ulcer mulut yang semakin membesar :-) Hmm, kiffarah le tu, DIA suruh beringat sebenarnya…musim panas ni asbab je…Alhamdulillah ulcer mulut sahaja…lebih daripada tu, MasyaALLAH…mudah-mudahan saya menjadi lebih sabar dan redha :-)

google adsenseSebenarnya dah lama tak sentuh pasal Adsense ni sebab tak aktif sangat. Yelah, saya try gitu-gitu je, tak serius. Cuma, bila saya cuba nak serius, Alhamdulillah setakat 2 3 hari ni ada je yang masuk walaupun cuma USD0.13 to USD0.71 sahaja. Saya fikir, kalau buat dengan serius dan bersungguh-sungguh tentu boleh dapat lebih kan? ;-) Hmm, InsyaALLAH, selepas ni saya nak tingkatkan sedikit effort lepas kerje-kerja saya ni selesai…manalah tahu, kot-kot ALLAH nak bagi rezeki kat situ…saya jelah yang kena mencuba dan terus mencuba :-) Satay, satay jugak kan…tapi kalau boleh diversify pun cantik ;-)